Ceramah keselamatan kebakaran di Bangunan UTC Miri

Demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan demonstrasi APA.

MIRI, Mac 8: Pasukan Bomba dari Unit Udara Bomba Pengkalan Miri dan Balai Bomba dan Penyelamat Miri telah mengadakan ceramah keselamatan kebakaran kepada kakitangan kerajaan yang bertugas di Bangunan UTC Miri, hari ini.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri yang diketuai PBK II Abang Muhammad Fhazil Abang Abdul Manaf telah mengendalikan ceramah mulai pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Aktiviti yang dijalankan ialah pengungsian bangunan, ceramah keselamatan kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api dan demonstrasi APA.


Pasukan Bomba dari Unit Udara Pengkalan Miri yang diketuai oleh Mejar Zahtrolayali Abd Talib pula telah menerangkan perkara mengenai pengoperasian pengkalan udara bomba.

Program keselamatan itu telah dihadiri oleh 31 orang staf pelbagai Jabatan di Bangunan UTC Miri. – DayakDaily