Bumbung empat buah rumah di Kampung Tudan Fasa 1 diterbangkan angin kencang

Anggota APM Miri dilihat tiba di lokasi pagi tadi meninjau keadaan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 Okt: Angin kencang awal pagi tadi menerbangkan bumbung empat buah kediaman di Kampung Tudan Fasa 1.

Difahamkan seramai 28 mangsa terjejas dalam kejadian tersebut.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Ujar Mirwan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubungan kejadian sekitar jam 1.12 pagi.

Beliau berkata dua kenderaan dilaporkan turut rosak akibat dihempap bumbung parkir kereta yang runtuh.

Salah seorang pemilik kediaman memberitahu sebelum kejadian, beliau terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat dari luar rumah dan apabila melakukan pemeriksaan mendapati bumbung parkir kereta telah runtuh. — DayakDaily