Bumbung bocor terkena objek dipercayai serpihan roket China

Keadaan bumbung rumah yang bocor disebabkan serpihan objek tersebut.

SIBU, 14 Ogos: Bumbung sebuah rumah di Sungai Asan Bayu, di sini mengalami bocor akibat terkena objek dipercayai serpihan roket China (Long March 5B).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata perkara tersebut hanya disedari pemilik rumah semalam, kerana dia jarang pulang disebabkan urusan kerja.

Katanya, laporan penemuan objek tersebut hanya diterima pada jam 8.50 malam tadi.


“Menurut pemilik rumah, kemungkinan objek tersebut berada di atas bumbung sejak beberapa minggu lepas kerana dia jarang balik ke rumah.

“Objek tersebur hanya diserari setelah dia balik ke rumah dan menyedari atap rumah bocor,” katanya dalam satu kenyataan.

Objek tersebut yang ditemui di lokasi kejadian.

Objek tersebut berukuran anggaran dua inci lebar dan tiga inci panjang.

“Kesan hentaman adalah kuat sehingga meninggalkan bekas dengan kedalaman kurang 1 inci dan kesan kotak pada atap rumah.

“Objek tersebut menembusi atap dan tersangkut di kayu alang rumah,” katanya.

Jelasnya, objek tersebut telah diserahkan kepada pihak PDRM dari IPD Sibu dan Balai Polis Lanang untuk siasatan lanjut. — DayakDaily