Tiga rumah di Sibu musnah terbakar, 12 orang tinggal sehelai sepinggang

Keadaan api yang besar dan merebak dengan cepat.

SIBU, 14 Ogos: Seramai 12 orang hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Lorong Tiong Hua, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihak Bomba terima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 7.05 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Komander melaporkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah iaitu rumah pertama dengan enam penghuni, rimah kedua juga enam penghuni dan rumah ketiga tiada penghuni.

“Pasukan pemadam menggunakan teknik ‘defensive’ dengan melakukan ‘fire break’ bagi mengawal kemerebakan api,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, api berjaya dikawal pada jam 8.14 pagi dan operasi tamat pada jam 9.40 pagi.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca api.

“Kabakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily