This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 23 Julai: Buku khas 60 Tahun Sarawak Merdeka dilancarkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), ia berlangsung di Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Pengisian utama program dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) sebelum pelancaran buku khas bertajuk ‘Sarawak Maju Makmur’.
Para tetamu kemudiannya dipersembahkan dengan video montaj mengenai buku khas berkenaan yang merangkumi perjalanan para pemimpin dalam membangunkan Sarawak sejak kemerdekaan pada tahun 1963.
Dalam acara kemuncak pula, turut diadakan tayangan sebuah filem pendek bertajuk “Sayang Sarawak” yang mengisahkan kehidupan tiga generasi keluarga mantan pejuang kemerdekaan Sarawak.
Filem ini juga turut menyingkap warna warni, pahit manis kehidupan, kesepaduan dan keharmonian rakyat Sarawak. — DayakDaily