Budak perempuan 6 tahun jadi mangsa amang seksual, suspek diburu

Suspek yang dikehendaki polis.

SRI AMAN, 16 April: Polis kini sedang memburu seorang lelaki disyaki suspek kes amang seksual melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun pada 10 April lalu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata suspek dikenali sebagai Andrew Jarau, 38 tahun.

“Pada 10 April, sekitar jam 6.43 petang, IPD Sri Aman telah menerima satu laporan polis berhubung satu kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dipercayai mangsa amang seksual.


“Kejadian tersebut berlaku di kawasan perkuburan lama di Kampung Kubal, Betong dan suspek telah melarikan diri setelah kejadian tersebut berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihak polis sedang giat mengesan dan menangkap suspek.

“Suspek kini dalam senarai orang dikehendaki pihak polis,” katanya.

Siasatan lanjut polis dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kanak-kanak 2017.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 01114037375 (Sarjan Suzy Andrew Baie) atau mana-mana balai polis berhampiran. — DayakDaily