Budak lelaki 4 tahun, hilang di Bintawa

Eric Chang

KUCHING, 9 Mac: Usaha mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang dilaporkan hilang di Bintawa, di sini masih giat dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang sejak Ahad lalu di Taman Riverview Bintawa di Jalan Daya sekitar jam 7.42 malam (Ahad).

Katanya, usaha mengesan mangsa masa kini masih dijalankan dengan melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung serta turut melibatkan Unit K9 PDRM.


“Pakaian terakhir sebelum hilang ialah T-Shirt round neck berwarna gelap, dan seluar pendek paras lutut berwarna hitam,” kata Ahsmon.

Untuk sebarang maklumat berkaitan mangsa iaitu Eric Chang Wei Jie boleh disalurkan dengan menghubungi Inspektor Hasmah Abdul Jalil di talian 013-6852210 atau hubungi IPD Kuching di talian 082-244444. — DayakDaily