Bomba selamatkan tiga ekor anak anjing terperangkap dalam parit

Anggota Bomba berusaha menyelamatkan anak anjing tersebut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 6 Feb: Tiga ekor anak anjing ditemui di dalam parit sedalam dua meter di Lorong Lapangan Terbang 3, di sini dipercayai terjatuh.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung perkara tersebut pada jam 7.30 pagi.

Katanya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menyelamat anak-anak anjing tersebut.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat tiga ekor anak anjing berada di dalam parit sedalam dua meter dan anggota kita berusaha mengeluarkan anak anjing tersebut menggunakan pencerut,” katanya.

Anggota Bomba berusaha menyelamatkan anak anjing tersebut.
Tiga anak anjing yang diselamatkan oleh anggota Bomba.

Seterusnya anak-anak anjing tersebut kemudian dihantar ke Jabatan Veterinar untuk tindakan selanjutnya.

Ketiga-tiga anak anjing tersebut kini dilaporkan selamat. — DayakDaily