Bomba Sarawak mentauliahkan 36 pegawai bomba bantuan

Khirudin (tiga dari kiri) menyaksikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian (dua dari kiri) memakai pangkat bagi menandakan Pertauliahan Pegawai Bomba Bantuan di Ibupejabat Bomba Sarawak di Kuching.

KUCHING, 13 Julai: Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak telah mentauliahkan seramai 36 orang pegawai bomba bantuan yang berjaya menamatkan latihan mereka hari ini.

Pengarah Bomba Sarawak, Khirudin Drahman berkata pegawai terbabit telah menjalani latihan di Akademi Bomba Dan Penyelamat Sarawak di Bau dari 3 hingga 12 Julai lepas

“Sebahagian besar pegawai bomba bantuan yang tamat latihan hari ini akan ditempatkan di dua balai bomba yang baharu beroperasi, iaitu Balai Bomba Batu Niah seramai 18 orang dan Balai Bomba Selangau pun seramai 18 orang,” katanya di Majlis Pertauliahan Pegawai Bomba Bantuan di Ibupejabat Bomba Sarawak di Jalan Setia Raja, di sini, hari ini.

Khirudin berkata Balai Bomba Batu Niah telah mula beroperasi mulai 1 Jun 2020 manakala Balai Bomba Selangau pada 1 Julai 2020.

“Mereka akan mula bertugas di balai bomba masing-masing mulai 21 Julai ini. Dengan  pertaulihan 36 pegawai bomba bantuan hari ini diharapkan akan dapat meningkatkan perkhidmatan jabatan,” katanya.

Beliau berkata ini khususnya dari segi response time balai bomba di kawasan dimana mereka akan ditempatkan selepas ini.

Katanya ketika ini Bomba Sarawak mempunyai 34 balai bomba dan 1,301 pegawai bomba sepenuh masa dan 244 orang pegawai bomba bantuan.-DayakDaily