Oleh Brad Rantayy
MIRI, 16 Sept: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Marudi pada pagi Jumaat melakukan khidmat khas mengangkat seorang lelaki warga emas berusia 92 tahun yang uzur dari tingkat bawah kediamannya ke tingkat atas, selepas tingkat bawah rumahnya dinaiki air susulan banjir di Kampung Cina di sini.
Menurut pemangku Bomba Zon Miri Ahmad Nizam Sapaiee, seramai lapan anggota dari balai Bomba dan penyelamat Marudi telah bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 9.34 pagi bagi membantu memindahkan lelaki warga emas tersebut.
Operasi bermula pada jam 9.37 pagi.
“Pihak Bomba tiba di lokasi dengan lengkap PPE segera menjalankan khidmat mengangkat warga emas tersebut yang uzur berpindah ke tingkat atas rumah ekoran biliknya di tingkat bawah terjejas banjir,” ujarnya.
Difahankam, warga emas tersebut tidak mampu bergerak sendiri.
Pihak Bomba menggunakan pengusung Scoop bagi membawanya melaui ruang tangga ke bilik tingkat atas dengan selamat.
Operasi tamat 18 minit kemudian. — DayakDaily