Bomba lancar SAR kesan pemburu hilang di hutan Sungai Pelutan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

KUCHING, OKT 5: Balai Bomba Marudi hari ini melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemburu yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas di kawasan hutan Sungai Pelutan, Long Miri, Baram.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak menerusi kenyataan hari ini, panggilan diterima daripada Balai Polis Long Lama memaklumkan kehilangan mangsa, Ajang Lawai yang berumur 42 tahun.

“Mangsa telah hilang di dalam hutan semasa keluar berburu dengan rakanya, Felix Wan pada 2 Oktober lebih kurang pukul 8.30 malam di kawasan Sungai Pelutan.


“Semasa masuk ke dalam hutan kedua-dua mereka telah berpecah dan sehingga 3 Oktober lebih kurang pukul 8 pagi, Felix telah selamat pulang ke kampung,” menurut kenyataan itu.

Semasa berada di hutan, Felix memberitahu ada mendengar bunyi tembakan senapang.

Operasi SAR turut disertai penduduk kampung yang bergerak ke lokasi menggunakan kenderaan pancuan 4×4.

Setakat ini, mangsa yang berbangsa Kayan masih gagal ditemui.— DayakDaily