Bomba berjaya pujuk, tenangkan wanita cuba bunuh diri

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Advertisement

KUCHING, 14 Feb:  Seorang wanita yang cuba untuk membunuh dirinya membatalkan niat tersebut selepas berjaya dipujuk oleh anggota Bomba yang berada di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakkan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut kira-kira jam 10.39 pagi tadi yang dibuat terus ke Bahagian Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat  (BBP) Tabuan Jaya.

“Menerusi panggilan tersebut, pemanggil maklum seorang wanita berdiri di tepi jambatan dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Katanya, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 40 tahun sedang berdiri di luar penghadang jambatan disyaki cuba mengambil tindakan untuk membunuh dirinya.

Beliau berkata, tindakan memujuk dan menenangkan wanita terbabit dilakukan oleh anggota terbabit agar dia membatalkan niatnya itu.

“Wanita tersebut berjaya dipujuk dan ditenangkan oleh anggota terlibat setengah jam kemudian dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya ,” katanya.

Jelas jurucakap terbabit, motif sebenar wanita tersebut mengambil tindakkan tersebut masih tidak diketahui dan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis. — DayakDaily

Advertisement