Bomba bantu keluarkan pemandu tersepit dalam kemalangan di Jalan Demak

Keadaan kedua-dua kenderaan yang bertembung di Jalan Demak.
Advertisement

Oleh Juetila Ozzy

KUCHING, 17 April: Seorang lelaki dilaporkan tersepit di dalam kereta sekereta jenis Perodua Kenari yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) di Jalan Demak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.14 pagi.

Advertisement

“Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bersama Unit EMRS terus ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian, komander melaporkan kemalangan melibatkan sebuah Kenari yang bertembung dengan MPV.

“Seorang mangsa tersepit di dalam Kenari, manakala pemandu MPV berjaya keluar dan mengalami kecederaan di lutut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan kemudian diserahkan kepada Unit EMRS untuk rawatan awal.

Manakala pemandu MPV diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

“Setelah keadaan terkawal dan selamat, pasukan bomba kemudian berangkat balik,” katanya. — DayakDaily

Advertisement