Bomba bantu hantar 456 dos vaksin Covid-19 ke kawasan pendalaman di Miri

Gambar komposit operasi penghantaran vaksin tersebut hari ini.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MIRI, 31 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak melakukan penerbangan untuk menghantar 456 dos vaksin Covid-19.

Jurucakap Pangkalan Udara Wilayah Sarawak Bomba berkata penghantaran menggunakan pesawat Mi-171 (M994-04) bermula dari jam 9.51 pagi sehingga 4.38 petang.

Katanya, pesawat diterbangkan oleh Juruterbang Ahmad Fissol Ismail dan dibantu oleh Juruterbang Robert James dan Norameli Ramlee.

“Penghantaran vaksin Covid-19 ke enam kawasan di pedalaman Miri sebanyak 456 dos telah berjaya dilaksanakan oleh krew pesawat Mi-171(M993-04).

“Penerbangan bermula dari Miri-Mulu-Long Bedian-Long Akah-Long Jekitan-Long Moh- Bario dan pulang semula ke Miri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ― DayakDaily