BN tidak sertai PRK Batu Sapi

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Barisan Nasional tidak akan meletakkan calonnya jika pilihannya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan pada waktu terdekat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat kerana parti itu merasakan perkara itu harus dielakkan tatkala wabak Covid-19 menunjukkan peningkatan mendadak.

“Covid-19 hendalah dielakkan daripada terus menular, sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan apa yang dialami ketika Pilihanraya Negeri Sabah lalu dikhuatiri akan terjadi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, katanya, BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian bagi PRK berkenaan.

“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan kita ketika ini dan keputusan itu bersesuaian dengan aspirasi tersebut,” katanya.

PRK bagi kawasan Parlimen Batu Sapi perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu.

Liew yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) pada era kerajaan Pakatan Harapan (PH) meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu akibat jangkitan di paru-paru.

Berdasar Pelembagaan Persekutuan, suatu kawasan Parlimen yang berlaku kekosongan perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

SPR sebelum ini dilaporkan berkata PRK Batu Sapi tetap perlu diadakan susulan kematian Liew selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan. — DayakDaily