Bersyukur Rezeki Gawai – Jessica Ramaya


KUCHING: Jemputan untuk melakukan persembahan pentas di merata tempat di negeri ini membuat Jessica Ramaya bersyukur dengan rezeki yang ada.

Menurut beliau, inilah rezeki Gawai bagi dirinya dan keluarga.

“Terdapat 10 pertujukan pentas yang telah dihadiri pada bulan ini.


“Jess begitu teruja dengan sambutan peminat yang begitu terhibur setiap kali membuat persembahan,” katanya kepada dayakdaily.com.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur yang sudah menjemput dan mempercayai Jess untuk menghiburkan peminat di program-program anjuran mereka.

“Sebagai membalas jasa dan budi baik mereka pada Jess, Jess akan mengingatkan mereka dalam doa Jess pada Tuhan semoga mereka diberi keberkatan oleh Tuhan.

“Begitu juga dengan peminat, Jess amat berbesar hati dan ingin mengucapkan terima kasih kerana tetap setia dan tidak jemu menonton persembahan Jess,” ujarnya.

Jess juga mengucap Selamat Gawai Dayak kepada peminat dan seluruh rakyat Sarawak serta berpesan supaya berhati-hati memandu pada musim perayaan ini.-dayakdaily.com