Belia Kapit dijemput hadiri Klinik Bolasepak di Stadium Terbuka Kapit 13 Jun ini

KAPIT – Belia berumur 19 tahun dan kebawah di Kapit dijemput untuk menghadiri Klinik bola sepak anjuran bersama oleh Persatuan Bolasepak Kapit (Kapit FA) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSN) dan Institut Sukan Negeri Sarawak (ISN) pada 13-16 Jun ini.

Presiden Kapit FA, Kennedy Kuyang menjelaskan bahawa pendaftaran bagi Klinik Bolasepak Kapit FA tersebut adalah percuma, dan akan dilakukan pada jam 8 pagi pada 13 Jun.

Beliau berharap belia Kapit yang ingin serius di dalam arena bolasepak menghadirkan diri untuk klinik tersebut. – dayakdaily.com