Bersatu Sarawak sokong Dr Mahathir sebagai PM ke-8

Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

KUCHING, FEB 26: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak menyokong serta memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menangani penyelesaian kemelut politik masa ini.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Jaziri Alkaf Abdillah Suffian menerusi kenyataan media hari ini berkata, sokongan tanpa berbelah bagi juga diberikan sepenuhnya kepada Dr Mahathir untuk diangkat semula sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

“Bersatu Sarawak menyokong Dr Mahathir memimpin pentadbiran kerajaan demi kestabilan dan kepentingan Negara.


“Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sarawak juga menjunjung mandat rakyat yang telah berani menyingkirkan Kerajaan BN pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu,” katanya.

Bersatu Sarawak tambah Jaziri menyokong penuh pendirian Dr Mahathir Mohamad yang menolak kerjasama UMNO secara “en-bloc” dalam usaha membentuk kerajaan baharu.ā€”DayakDaily.