Bersatu Sarawak bantu kempen GPS

Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Advertisement

KUCHING, 28 Nov: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak akan turun membantu kempen bagi memastikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mencapai kemenangan besar pada Pilihanraya Negeri (PRN) kali ini.

Ketuanya Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, seluruh jentera parti akan digerakkan untuk memastikan segala usaha dilakukan.

“Bersatu Sarawak menyokong penuh keputusan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam PRN Sarawak bulan depan.

Advertisement

“Bersatu Sarawak juga akan menyokong penuh usaha dan kepimpinan GPS yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jaziri, Bersatu Sarawak bersama Muhyiddin menghormati pandangan dan permintaan GPS supaya parti GPS diberi laluan pada pilihan raya ini.

Katanya, ini adalah kerana kita yakin GPS mempunyai kekuatan tersendiri sebagai parti yang telah membantu membina Sarawak dan rakyatnya sehingga ke tahap amat membanggakan pada hari ini.

Ujar beliau lagi, Bersatu yakin Abang Johari akan membawa kemenangan dan sekaligus mempertahankan kerajaan negeri pimpinan GPS.

“Persefahaman ini juga termasuk dalam rangka stratergi menjelang PRU 15 yang akan datang dimana ia melibatkan PN Sarawak secara khususnya,” ujar Jaziri. — DayakDaily

Advertisement