KUCHING, 4 April: Senator Robert Lau Hui Yew meminta kerajaan menyatakan perincian peruntukan RM1 bilion bagi Skim Transformasi Digital Industri.
Pada Persidangan Dewan Negara hari ini, beliau bertanya berapakah jumlah yang diperuntukan kepada Sarawak dan Sabah dibawah skim tersebut.
“Sila berikan perincian mengenai perbelanjaan ini digunakan?” katanya.
Robert turut meminta penjelasan berhubung lokasi National Fibrilization & Connectivity Plan yang telah diberikan peruntukan RM725 juta.
Manakala berkaitan perubatan dan sistem kesihatan, beliau berkata peruntukan RM100 juta untuk menggantikan peralatan perubatan adalah tidak mencukupi.
“Ini memandangkan banyak peralatan yang diklasifikasikan sebagai Beyond Economic Repair (BER).
“Di Sarawak, 75 peratus peralatan adalah BER di tahun 2021. Manakala untuk seluruh negara ialah 30 peratus,” katanya. — DayakDaily