Beri perhatian sewajarnya kepada suri rumah

Sylvia John Gemok

Oleh Kadir Edison

KUCHING, OKT 1: Golongan suri rumah di Sarawak harus diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan kerana mereka adalah antara penyumbang kepada pembangunan negara kata Ketua Wanita Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Sylvia John Gemok.

Katanya, selain memberikan bantuan perlindungan takaful untuk golongan tersebut, pelepasan cukai pendapatan juga harus diberikan kepada suami yang mempunyai berkerja sebagai suri rumah.

“kita juga berpendapat bahawa I-suri harus diperluaskan kepada suri rumah daripada golongan B40 dan ia bukan sahaja untuk mereka yang berdaftar dengan e-kasih.

“Pada masa sama, PBDSB turut memohon kerajaan Sarawak untuk suri rumah yang memiliki tanggungan anak dibawah 21 tahun, anak-anak bersekolah terutama yang memiliki anak dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU),” katanya.

Perkara tersebut menurut Sylvia akan membantu dalam meringankan beban suri rumah dan ia juga merupakan tanggungjawab Kerajaan Sarawak kepada golangan terbabit yang turut sama menjana produktiviti populasi untuk tenaga kerja negara.

Justeru tegas Sylvia, PBDSB memohon kerajaan Sarawak untuk menuntut 50 peratus hasil minyak dan gas yang diperoleh dinegeri ini daripada kerajaan persekutuan.

“Kita juga sedia maklum bahawa kerajaan Sarawak telahpun menerima bayaran Cukai Jualan Negeri (SST) dan kita juga mohon kerajaan Sarawak untuk menuntut 50 peratus daripada hasil minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan.

“Hasil (minyak dan gas) ini boleh digunakan untuk tujuan tersebut dan juga tujuan pembangunan lain yang seterusnya bukan sahaja memberikan manfaat kepada suri rumah tertapi juga rakyat Sarawak,” katanya. — DayakDaily