Beregu wanita tenis Sarawak Liong-Soo mara ke final Sukma 2024

Soo dan Liong bersama bapa masing-masing setelah layak ke final tenis beregu wanita di Sukma 2024.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 21 Ogos: Pasangan beregu tenis wanita Sarawak Lydia Liong-Soo Hui Yii mara ke final Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Dalam aksi separuh akhir di Kompleks SLTA sebentar tadi, Liong-Soo mengalahkan pasangan Selangor Chloe Chong-Mak Zoey dengan skor 4-6, 6-4, 10-3 (tie break).

Advertisement

Dengan kemenangan tersebut, beregu wanita Sarawak ini akan bermain untuk penentuan emas.

Liong-Soo bakal menentang satu lagi pasangan Selangor Sharifah Elsa Wan-Jo Leen Saw.

Sementara itu, pingat gangsa acara beregu wanita akan menjadi rebutan antara Selangor dan Johor. — DayakDaily

Advertisement