Bengkel ‘Program Penglibatan Masyarakat Dalam Pemuliharaan Kubu Emma’ pada Jun 18

Signature. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, June 17: Jabatan Muzium Sarawak (JMS) akan menganjurkan bengkel ‘Program Penglibatan Masyarakat Dalam Pemuliharaan Kubu Emma’ di Kanowit pada Jun 18 (Selasa) bermula jam 8.30 pagi dan bertempat di Pejabat Daerah Kanowit.

Dalam satu kenyataan media, JMS berkata seramai 159 peserta bengkel yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi kerajaan, pensyarah dan pelajar universiti UCTS, ketua-ketua masyarakat, konsultan dan kontraktor yang terlibat dalam prjek pemuliharaan Kubu Emma dijangka akan hadir.

Ceramah, sesi dialog bersama masyarakat Daerah Kanowit serta lawatan berpandu ke tapak Kubu Emma adalah sebahagian daripada pengisian bengkel tersebut.


Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat tentang projek pemuliharaan dan menaiktaraf Kubu Emma.

Projek ini merupakan salah satu daripada projek pemuliharaan kubu-kubu bersejarah di Sarawak yang dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Penglibatan masyarakat dalam projek kerajaan ini amat penting bagi membantu pihak muzium untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kelestarian warisan sejarah yang terdapat di Sarawak.

Kerja-kerja pemuliharaan dan pembaikpulih bangunan bersejarah semestinya amat berbeza daripada pemuliharaan bangunan lain.

Para peserta juga akan didedahkan kepada tatacara pemuliharaan bangunan berscjarah yang perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Selain itu, melalui bengkel ini masyarakat setempat juga dapat membantu menyalurkan meklumat kepda pihak muzium bagi menambah nilai pengisian galeri pameran Kubu Emma kelak. — DayakDaily