Belanjawan 2021 tidak menyeluruh, ekslusif untuk OKU – Rapelson

Rapelson Richard Hamit

KUCHING, 7 Nov: Presiden Persatuan Anak Istimewa Sarawak (Perais) Rapelson Richard Hamit menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam tidak menyeluruh dan ekslusif untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Katanya, golongan tersebut khususnya OKU terlantar, warga emas dan ibu tunggal perlu dibantu dan berikan lebih perhatian agar mereka dapat meneruskan kelangsuang kehidupan mereka dengan lebih selesa.

“Kerajaan negeri Sarawak dibawah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diharap dapat membantu untuk menambah atau “top up” sebanyak RM100 untuk semua jenis bantuan kebajikan ini bagi membantu golongan berkenaan.


“Perkara tersebut harus dipertimbangkan oleh kerajaan negeri Sarawak dalam belanjawan negeri Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Rapelson, belanjawaan tersebut juga tidak memperuntukkan sejumlah dana untuk mewujudkan insentif khas atau geran perniagaan khusus untuk golongan OKU dalam menampung dan meneruskan kelansungan peniagaan mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Pada masa sama kata beliau, geran kepada persatuan, pertubuhan atau kelab OKU perlu disediakan untuk persatuan, pertubuhan dan kelab tersebut terus bergerak.

Katanya, golongan OKU khususnya di Sarawak ramai terlibat atau memiliki peniagaan seperti kedai urut, kedai runcit, menjadi pemain muzik jalanan (buskers) atau berkerja sebagai penjual tisu bagi menampung keperluan seharian mereka.

Bagaimanapun katanya, Perais menyambut baik Bantuan Perihatin Rakyat (BPR) yang dapat membantu semua golongan masyarakat  daripada golongan B40, T40, OKU, warga emas dan ibu tunggal.

“Perais mohon juga kerajaan negeri Sarawak untuk meneruskan bantuan BKSS sebanyak RM250 untuk enam bulan lagi bagi membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi golongan OKU, warga emas dan ibu tunggal pada pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Isak Ngau

Kenyataan sama turut disuarakan Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Cawangan Sarawak Isak Ngau yang berkata, peniagaan pusat refleksologi atau kedai urut milik golongan itu sukar untuk meneruskan kelansungan peniagaan mereka.

Beliau berkata, di seluruh Sarawak sejumlah 17 buah peniagaan pusat refleksologi merupakan milik golongan OKU pengelihatan dengan lebih 80  OKU terbabit berkerja sebagai tukang urut.

Belanjawan 2021 dibentangakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen semalam dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM322.5 bilion. — DayakDaily