Bekas Ahli DAP Sarawak sertai PBDSB

Ben mempamerkan borang rasmi penyertaan PBDSB beliau.

KUCHING, 25 OGOS: Bekas ahli DAP Sarawak Ben Diomedes kini menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

Presiden PBDSB Bobby William menerusi satu kenyataan hari ini berkata, parti mengalu-alukan penyertaan Ben.

“Kita gembira dan mengalu-alukan kemasukan beliau ke dalam parti ini. Pintu PBDSB sentiasa terbuka untuk semua Dayak,” kata Bobby


Tambah beliau lagi, PBDSB merupakan perahu untuk perjuangan politik masyarakat Dayak.

Dalam pada itu, Ben yakin bahawa kini Dayak tidak mempunyai pilihan parti yang sesuai selain PBDSB.

“Kita tidak ada rumah yang baik selain PBDSB walaupun ia tidak sehebat parti lain.

“Jadi, marilah kita Dayak semua menyertai PBDSB untuk mengangkat masyarakat Dayak di Sarawak,” ujar Ben.-DayakDaily