This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 25 Jun: Jumlah bekalan darah di Sarawak meningkat dari 52,000 unit pada 2019 kepada 56,000 unit beg pada penghujung 2022.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus bagi tempoh tiga tahun tersebut.
“Keperluan darah di Negeri ini meningkat berikutan penambahan jumlah hospital kerajaan dan swasta.
“Setiap hari sebanyak 200 unit darah diperlukan untuk memastikan simpanan darah stabil,” kata Abang Johari di Karnival Kesihatan Sarawak Bersempena Sambutan Hari Derma Darah Sedunia 2023 di tHe Spring di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau telah dibaca Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.
Tambah Abang Johari, jumlah simpanan darah (bank darah) Negeri sentiasa berada di tahap selamat.
Katanya, Sarawak jarang menghadapi masalah kekurangan bekalan darah.
“Bila bekalan berkurangan, ia adalah disebabkan penggunaan yang tinggi.
“Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi melalui sokongan dan kerjasama orang ramai yang sentiasa memberi respond positif bila dipanggil untuk menderma,” kata Abang Johari. — DayakDaily