Bekalan ayam stabil di pasaran

Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Advertisement

KUCHING, 8 Feb: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menegaskan situasi bekalan barangan keperluan, khususnya ayam daging adalah terkawal sehingga hari ini.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penutupan salah satu kilang pengeluar ayam utama di negara ini disebabkan pematuhan kuarantin untuk kepentingan kawalan penularan Covid-19 tidak menjejaskan keberadaan bekalan ayam di pasaran.

“Pengeluaran bekalan ayam daging tetap stabil dengan pengeluaran oleh kilang-kilang pengeluar ayam lain yang masih beroperasi seperti biasa.

Advertisement

“Bekalan ayam pedaging dan telur masih boleh diedarkan kepada lebih kurang 500 pemborong. Produktiviti pengeluaran buat masa kini adalah stabil dan memenuhi keperluan pasaran,” katanya menerusi satu kenyataan hari Ini.

Menurut Nanta, KPDNHEP ambil maklum mengenai penutupan kilang pemprosesan ayam di Serkam, Melaka bermula 2 Februari, 2021 disebabkan sebahagian besar pekerja disahkan positif Covid-19.

Kilang tersebut merupakan salah satu kilang pemprosesan ayam utama yang membekalkan ayam ke seluruh negara.

Dalam pada itu, Nanta berkata bahawa pemeriksaan harian dipergiat oleh Penguat Kuasa KPDNHEP untuk memantau keberadaan bekalan barangan pengguna, termasuk ayam daging dan telur sepanjang tempoh PKP.

“Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 248,749 premis telah diperiksa. Terdapat 11 jenis barangan keperluan utama pengguna diperiksa iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, sayuran, telur, bawang, ayam dan pelitup muka.

“Keberadaan bekalan barangan tersebut didapati pada tahap stabil dan mencukupi,” ujar beliau. ā€” DayakDaily

Advertisement