Bekalan air bersih pulih di Sematan, setelah terjejas sejak Sept 30

Bekalan air bersih kembali pulih di Sematan.

KUCHING, Okt 13: Masalah bekalan air yang dihadapi penduduk Sematan di Daerah Lundu sejak Sept 30 kembali pulih pada Jumaat lepas.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBLAB) menerusi kenyataan media hari ini berkata kerja baik pulih telah dilaksanakan di kawasan-kawasan yang terjejas.

Kawasan-kawasan yang menghadapi gangguan ialah Kampung Tanah Hitam, Kampung Sg Kilong, Palm Beach Resort dan kawasan berdekatan.


Kerja baik pulih dilakukan petugas JBALB

“JBALB Bahagian Kuching telah berusaha bersungguh-sungguh dengan melakukan pelbagai siri kerja baik pulih, ‘flushing’ dan ‘installation of sluice valve’.

“Ini sebagai usaha untuk mengembalikan bekalan air seperti sediakala ke kawasan-kawasan yang terjejas,” menurut kenyataan media.

Pihak JBALB Bahagian Kuching juga akan terus memantau keadaan bekalan air di kawasan berkenaan dari semasa ke semasa. — DayakDaily