This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 11 Julai: Kedai Tong Kee di Lebuh India di Kuching bekal lebih 500 makanan yam puff ke sekitar Bandaraya Kuching dalam sehari.
Menurut pemiliknya, ia dibekalkan kepada beberapa kopitiam di sekitar bandaraya untuk dijual.
“Dalam masa sehari, kita menyediakan lebih 500 yam puff.
“Jumlah ini sebenarnya tidak mencukupi, tapi inilah yang termampu kita buat.
“Kita mula bekerja seawal jam 4 pagi hingga petang, ia sangat memenatkan,” katanya ketika ditemui.
Beliau yang dibantu oleh isteri serta 2 orang pekerja turut menerima tempahan daripada pelanggan yang datang secara walk in.
Katanya, pelanggan memesan sehingga beratus yam puff untuk dibawa ke bahagian lain seperti ke Sibu, Bintulu, Miri termasuk ke Semenanjung Malaysia.
Pelanggan juga boleh membeli terus daripada kedai beliau sekiranya stok masih ada.
Selain itu, Tong Kee juga turut menjual curry puff dan siew pau. — DayakDaily