Beberapa pemuda dipercayai ‘Ah Long’ dicekup JSJ IPD Miri

Antara pemuda yang dipercayai 'Ah Long' yang ditahan dalam Ops Cantas.
Advertisement

MIRI, 13 Mei: Beberapa lelaki disyaki ‘Ah Long’ (peminjam wang tidak berlesen) termasuk ‘kunco-kunco” mereka telah ditahan dalam Ops Cantas sejak 10 Mei yang lalu.

Tangkapan dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri itu turut merampas beberapa kad pemiutang, kad bayaran dan kad pemiutang beserta buku catitan kod pemiutang.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, kesemua suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Difahamkan, kesemua individu terbabit telah bertindak melakukan ugutan jenayah dengan menyimbah cat dan membakar rumah peminjam yang gagal melunaskan hutang.

“JSJ IPD Miri akan meneruskan Operasi Cantas bagi mengenal pasti kumpulan-kumpulan lain yang bergiat aktif dan membenteras sendiket ini hingga ke akar umbi,” ujar Alexson.

Orang ramai turut diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan pinjaman wang segera atau yang dikenali sebagai Ah Long. — DayakDaily

Advertisement