Pemuda mengamuk lempar periuk nasi ke arah bapa sendiri ditahan

Suspek (barisan depan, dua dari kanan) ditahan polis. Turut dirampas semasa tangkapan sebuah periuk nasi tanpa jenama dipercayai telah digunakan dalam insiden.

MIRI, 13 Mei: Benggang kerana tidak diberi wang oleh ayahnya, seorang pemuda sanggup melempar sebuah periuk nasi ke arah bapa kandungnya sendiri.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek berusia 49 tahun itu telah ditahan petang tadi sekitar jam 4 tadi di kediaman bapanya di Jalan Riam.


Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Kertas siasatn dibuka dibawa Seksyen 324 Kanun Keseksaan. — DayakDaily