BBP Mukah bertindak pantas padam kebakaran ladang rumbia

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.

Oleh Dean Adam

MUKAH, 12 April: Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bertindak pantas dalam operasi memadam kebakaran di kawasan ladang rumbia di Kampung Telok Muling, Igan, di sini semalam.

Sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.45 tengah hari, sepasukan anggota bomba telah diarahkan ke lokasi untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang membakar ladang rumbia di kawasan tanah gambut di situ.

Katanya, komander operasi melaporkan keluasan kebakaran itu dianggarkan kira-kira 10 ekar.

Kesan kebakaran melibatkan kawasan ladang rumbia.

“Pasukan bomba kemudian bertindak pantas memadam kebakaran itu bagi memastikan api tidak merebak lagi,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi tamat pada pukul 4.51 petang.

“Jentera bomba bergerak balik dari lokasi kejadian kira-kira pukul 6.36 petang dan sampai di balai pada pukul 7.25 malam,” katanya. — DayakDaily