BBP Marudi buat kejutan sambutan hari jadi kanak-kanak lelaki minat jadi bomba

Pasukan bomba bergambar dengan Adeeb dan rakannya.

Oleh Dean Adam

MARUDI, Feb 13: Seorang kanak-kanak lelaki yang bercita-cita menjadi bomba diraikan dalam majlis hari jadinya yang keempat di Tadika Yuk Ing di sini hari ini.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah membuat lawatan kejutan untuk kanak-kanak berkenaan.

Lebih menarik, kanak-kanak tersebut tidak menyedari kehadiran anggota bomba yang turut datang dengan membawa kek hari jadi buat dirinya.

Tidak ketinggalan, rakan-rakan sekelas kanak-kanak berkenaan turut bersama memeriahkan suasana majlis sambutan hari jadi berkenaan.

Majlis berkenaan dilakukan khas buat adik Adeeb Darwishy Azman. — DayakDaily