Bayi 7 bulan dilekatkan tiub untuk makan dan minum

Bayi Nur Imarah dikunjungi Lo (kanan) dan Gerald (kiri). Turut kelihatan ibunya, Puspasari (dua dari kanan).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 30 Jun: Bayi Nur Imarah Qalishya berusia 7 bulan menanggung derita sejak lahir dengan hanya bergantung pada tiub untuk menghilangkan lapar serta dahaga.

Dilahirkan tidak sempurna, bayi tersebut kini dibenarkan pulang ke rumah di Kampung Haji Baki setelah 6 bulan menerima rawatan di hospital.

Advertisement

Kisah Nur Imarah mendapat perhatian dan simpati masyarakat setempat termasuk pengguna Facebook, pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada keluarga.

Menurut ibunya Puspasari Sebawi, bayinya dilahirkan tanpa isi dan kulit di bahagian belakang dan terus dibawa ke bilik bedah.

“Sebaik sahaja dilahirkan, saya dan bayi terpisah selama 9 hari kerana pihak hospital perlu melakukan rawatan rapi kepada bayi saya.

“Saya difahamkan bahawa bayi saya menghadapi masalah di bahagian usus, iaitu mengalami kesukaran untuk kencing dan membuang air besar.

“Semuanya dilakukan melalui tiub dan saya terpaksa menguruskannya pada setiap 4 jam,” kata Puspasari ketika ditemui di kediamannya.

Menurut Puspasari lagi, bayinya sehingga kini masih menggunakan saluran tiub untuk makan dan minum serta ubat.

Namun katanya, Nur Imarah adalah bayi yang aktif dan jarang sekali menangis.

Tambah beliau, selain wang tunai, keluarganya juga menerima sumbangan berbentuk lampin pakai buang, susu dan lain-lain.

Manakala pasukan ‘Van Jenazah’ telah menyumbang satu mesin khas yang memudahkan proses penyusuan Nur Imarah selain menguruskan perkara lain yang berkaitan.

Pada hari ini, Puspasari menerima sumbangan berupa wang tunai hasil kutipan JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan(JKKK) Komuniti SUPP Batu 3 yang diketuai Gerald Goh.

Turut hadir pada penyerahan itu ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan yang juga Adun Batu Kitang Ir. Lo Khere Chiang. — DayakDaily

Advertisement