Bantuan sedia ada untuk OKU diteruskan pada 2024 — Fatimah

Dato Sri Fatimah Abdullah
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 28 Nov: Kerajaan komited meneruskan bantuan sedia ada kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Katanya, ia melibatkan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dengan kadar RM450 sebulan, memberi manfaat kepada 3,554 penerima perbelanjaan RM15.6 juta.

Advertisement

Ia juga melibatkan bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dengan kadar RM500 sebulan yang memberi manfaat kepada 2,532 penerima dan perbelanjaan RM12.2 juta, dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dengan kadar RM300 dan tambahan RM50 daripada kerajaan Sarawak sebulan, memberi manfaat kepada 9,815 penerima dengan perbelanjaan RM33.01 juta.

Fatimah berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementerian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN hari ini.

Di samping itu, tambah Fatimah, mulai 1 Januari 2024, Elaun Pelatih di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ditingkatkan dari kadar RM150 ke RM300 sebulan. — DayakDaily

Advertisement