Bantuan Sara Hidup fasa kedua akan dilaksanakan bulan Mei, fasa ketiga pada bulan Ogos

File photo for illustration purposes
Advertisement

KUCHING, Feb 3: Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) mengumumkan bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa kedua akan dilaksanakan Mei depan dan fasa ketiga pada Ogos depan.

KKM dalam kenyataan medianya di laman Facebooknya semalam berkata ini selepas BSH 2019 fasa pertama dengan bayaran RM300 kepada setiap isi rumah telah dilaksanakan pada Januari 28 lepas.

Ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion yang dimanfaatkan kepada seramai 4 juta isi rumah.

Advertisement

Untuk menerima BSH 2019 selanjutnya dalam fasa kedua dan ketiga, pemohon yang layak perlu mendaftar dan mengemasikini maklumat isi rumah dan secara amnya isi rumah berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan adalah layak menerimanya.

Tempoh pendaftaran BSH 2019 telah dibuka mulai Febuari 1 sehingga Mac 15, 2019 dan pemohon yang layak dialu-alukan untuk membuat permohonan melalui kaedah berikut iaitu melalui borang permohonan BSH 2019 yang didapati secara percuma dimana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDM), Pusat Khidmat Hasil LHDM dan LHDM di Pusat Transformasi bandar (UTC).

Selain itu pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan itu dan juga membuat permohonan dalam talian di portal rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my.

Disamping itu, kerajaan juga akan menyediakan kemudahan pendaftaran setempat bagi membantu isi rumah dari kawasan pedalaman yang terpencil dan juga golongan tertentu seperti yang terlantar. — DayakDaily

Advertisement