Bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak siap Julai ini — Uggah

Kelihatan Uggah (empat dari kanan) semasa lawatan ke tapak Projek Bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak.
Advertisement

KUCHING, 27 Feb: Projek pembinaan Bangunan Pertubuhan Peladangan Negeri Sarawak (PPNS) dengan kos RM15 juta dijangka siap pada Julai tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berkata pembinaan yang bermula pada September 2020 kini 62 peratus siap.

“Projek kini berjalan lancar walaupun ada sedikit kelewatan, kita yakin akan siap mengikut jadual.

Advertisement

“Bangunan ini dijangka siap pada Julai tahun ini,” katanya semasa lawatan ke tapak projek di Kota Samarahan hari ini.

Dalam pada itu, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menggesa semua kontraktor untuk bekerjasama dengan kerajaan.

Katanya, ia penting bagi memastikan setiap projek dilaksanakan dengan baik dan mengikut jadual.

“Jika menghadapi sebarang masalah, berhubunglah dengan agensi kerajaan yang terlibat,” katanya. — DayakDaily

Advertisement