This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 14 Ogos: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menggesa pemegang Lesen Perladangan Hutan (LPF) mempercepatkan pembangunan Industri Penanaman Pokok (ITP).
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli II berkata, ini untuk memastikan bekalan kayu berterusan demi kelangsungan industri perkayuan di Sarawak.
“Kerajaan Negeri telah melaksanakan kerja penanaman semula pokok semenjak 1990 untuk mencapai jumlah kawasan tanaman seluas 1 juta hektar menjelang 2025,” katanya.
Awang Tengah berkata demikian di Majlis Makan Malam Jubli Emas 50 Tahun PUSAKA di sini, malam ini.
Majlis dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Tambah Awang Tengah, program penanaman semula pokok juga adalah untuk memastikan bekalan bahan mentah bagi tempoh panjang.
Katanya, ini akan menyokong perkembangan dan pembangunan industri hiliran.
“Ini akan menyokong pengeluaran produk nilai tambah seperti ‘engineered wood’, perabot, panel kayu dan produk berasaskan Bio-Mas,” kata Awang Tengah. — DayakDaily