Aw Yong Jhie Jgin kekal juara kategori utama Kejohanan Golf Terbuka Amateur Masters Sarawak Ke-11

Masing (empat dari kanan) menyampaikan piala pusingan kepada Aw Yong yang menjadi juara kategori utama Kejohanan Golf Terbuka Amateur Masters Sarawak Ke -11 di KGS, Petra Jaya, semalam.

KUCHING, Ogos 13: Pekerja industri minyak dan gas di Bintulu Aw Yong Jhie Jgin, 26, menjadi juara kategori utama Kejohanan Golf Terbuka Amateur Masters Sarawak Ke-11 di Kelab Golf Sarawak (KGS) di sini, semalam.

Pemain dari Kelab Golf Bintulu terbabit menjadi juara kategori Terbuka Gross (54 lubang) dan mengekalkan kejuaraan itu yang dimenanginya tahun lepas disamping menerima hadiah RM3,000 serta Piala Pusingan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing.

Tempat kedua kategori utama terbabit dimenangi Lee Ka Tung yang menerima hadiah RM2,400 manakala tempat ketiga dimenangi Lee Ka Tiong (RM1,800).


Hadiah mereka telah disampaikan Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing yang juga penaung kejohanan itu pada majlis penyampian hadiahnya yang juga dihadiri Presiden Persatuan Golf Sarawak (SGA) Hoan Kee Hock, Kapten KGS Henry Chou dan Pengerusi Pengelola Dato Sri Thomas Lau dari Blessed Builders Holdings Sdn Bhd.

Manakala kategori Terbuka Nett (36 lubang) telah dijuarai Johari Aman (RM1,500) manakala tempat kedua, Abdul Aziz Ismail (RM1,000) dan tempat ketiga, Michael Lee (RM800).

Kategori acara harian Gross pula dimenangi James Wang Ka Tin (RM200) pada hari pertama dan Sophian Lokman (RM200) pada hari kedua dan kategori acara harian Nett dimenangi Sim Geok Hoock (RM200) pada hari pertama dan Daniel Yeo (RM200) pada hari kedua.

Kategori lain ialah Tetamu Undangan Gross Matang/Santubong yang dijuarai Wong Koo Ching (RM450), Tetamu Undangan Gross Siol/Demak yang dijuarai Nicholas Lau (RM600), Tetamu Undangan Nett Matang/Santubong yang dijuarai Liew Shing (RM800) dan Tetamu Undangan Nett Siol/ Demak yang dijuarai Wilfred Mujah (RM1,000).

Keseluruhannya seramai 230 pemain golf telah menyertai kejohanan terbabit yang menawarkan hadiah keseluruhannya sebanyak RM40,000 kepada pemenang kategorinya dan pingat kepada 36 pemain berkelayakkan.

Bagaimanapun tiada pemain yang mendapat pukulan ‘hole-in-one’ dan layak memenangi hadiah bernilai melebihi RM310,000 merangkumi satu motosikal Harley Davidson Sportster Forty-Eight XL1200X bernilai RM78,000 dan satu motosikal Harley Davidson Trike Glide Ultra 3-Wheeler (Limited Edition) 1700cc bernilai RM205,000 serta kelengkapan golf bernilai lebih RM30,000. — DayakDaily