KUCHING, 24 Ogos: Sarawak meraih satu pingat emas menerusi acara gimnastik artistik senam lantai yang menutup tirainya pada hari terakhir Sukan Malaysia (Sukma) ke – 21 di Pusat Persidangan Serian sebentar tadi.
Pingat emas itu dimenangi oleh Cassandra Lavigne Shelden dengan kutipan mata keseluruhan 12.233.
Beliau mengalahkan lapan atlet lain di peringkat akhir dengan Perak dan Johor masing-masing meraih perak dan gangsa.
Atlet Perak Kang Xian Yap mengumpul mata keseluruhan 11.866, manakala atlet Selangor Cadence Zi Qi Teh mengumpul 11.466.
Dengan kutipan emas tersebut, Sarawak kekal di tangga teratas dengan 76 emas, mendahului Wilayah Persekutuan di kedudukan kedua dengan 75 emas setakat jam 5.15 petang ini. — DayakDaily