Aspirasi Sarawak maju 2030 selari wawasan kemakmuran bersama, kata Muhyiddin

Kelihatan Muhyiddin merakam gambar bersama penjawat awam negeri dan persekutan di Kuching, Sarawak hari ini (1 April 2021).

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 1 April: Kerajaan persekutuan akan terus memberikan sokongan penuh kepada Sarawak dalam usaha negeri ini mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah negeri maju berpendapat tinggi menjelang 2030.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Sarawak memiliki sumber manpan yang berupaya membantu negeri menjana ekonominya serta meletakan nama Sarawak di persada ekonomi global.


Katanya, pelan 10 tahun negeri ini adalah selari dengan inisiatif wawasan kemakmuran bersama yang ingin dipelopori oleh kerajaan persekutuan.

Jelasnya usaha serta pembangunan yang dilaksanakan Sarawak dalam pelbagai sektor bukan sahaja dapat memberikan manfaat ekonomi kepada negeri ini tetapi juga kepada  negara dari segi keluaran negara kasar (KDNK).

“Saya amat tertarik dengan beberapa perkara antaranya soal pertanian, itu satu daripadanya yang menjadi kunci penting keselamatan bekalan makanan untuk negara.

“Ini terbukti amat kritikal terutamaya ketika pandemik (Covid-19) melanda dalam memastikan kita mampu menghasilkan makanan yang mencukupi dan saya percaya Sarawak mempunyai potensi yang tinggi dalam sektor tersebut,” katanya ketika berucap pada sesi perjumpaan dengan penjawat awam persekutuan dan negeri di sini hari ini.

Muhyiddin sempat beramah mesra dengan penjawat awam negeri dan persekutuan ketika sesi penjumpaan dengan penajwat awam terbabit di Kuching,

Beliau berkata, pembanguan infrastruktur merupakan aspek penting dalam usaha sesebuah negara atau negeri dalam mencapai visinya untuk memiliki ekonomi manpan serta rakyat yang berpendapatan tinggi.

Jelas beliau, kegagalan dalam melaksanakan aspek tersebut mengakibatkan potensi sumber yang boleh menjana ekonomi tidak dapat dieklpoitasi dan dibangunkan.

“Apa yang penting untuk menjadi pemangkin ekonomi  sesebuah negeri adalah infrastruktur fizikal sama juga seperti infratruktur digital yang melibatkan kebolehcapaian hubungan yang menjadi antara tren 10 tahun akan datang,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau sering menekan bagaimana kaeadah untuk menjana pendapatan yang lebih banyak dalam usaha membantu negara  menhadapi cabaran ekonomi pasca Covid-19.

Ujarnya, dengan sumber yang dimiliki, Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk terus maju kehadapan dari segi ekonomi berbanding negeri lain di Malaysia.

Katanya, keupayaan itu malah lebih besar dari kerajaan persekutuan untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Muhyiddin ketika sesi perjumpaan dengan penjawat awam negeri dan persekutuan di Kuching.

“Oleh sebab itu, saya hendak mengifestasikan komitmen kerajaan persekutuan untuk sama-sama seiring sejalan dan sehati sejiwa untuk sama-sama berkerja untuk memastikan aspirasi nasional bersama aspirasi negeri tercapai dalam tempoh yang sama iaitu pada 2030,” katanya. — DayakDaily