Asisten Panglima Pasukan Simpanan lawat Rejimen 511 Askar Wataniah

Hamdan menandatangani buku lawatan sambil di perhatian Abang Mohamad (kiri).

KUCHING, 28 Dis: Asisten Panglima Pasukan Simpanan Mejar Jeneral Datuk Hamdan Ismail hari ini melakukan lawatan ke Rejimen 511 Askar Wataniah.

Ketibaan beliau disambut Komander, Brigedier Jeneral Abang Mohamad Abang Marzuki.

Tujuan lawatan adalah untuk meninjau keadaan serta fasiliti pasukan yang digunakan bagi melaksanakan latihan anggota tetap mahupun sukarela.

Pada masa yang sama, Hamdan turut berkesempatan mengadakan sesi dialog bersama Pegawai dan anggota Pegawai Tidak Tauliah Kanan Rej 511 AW.

Lawatan dilaksanakan sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Keutuhan Organisasi yang menumpukan Aspek Pengukuhan Kesepaduan Angkatan di antara Pasukan dan juga pihak atasan. — DayakDaily