Oleh Brad Rantayy
MIRI,Jun 24: Polis Sarawak akan memaksimumkan logistik dan asetnya bagi memastikan kelancaran pilihanraya negeri (PRN) yang akan datang, ujar Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail pada Rabu (Jun 24).
Aidi ditemui hari ini (Rabu) selepas kunjungannya ke kediaman Pahlawan Negara, Sub Inspektor (B) Ngalinuh Bala, 79, di Kampung Lusut di sini.
Terdahulu, Aidi telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa balai polis di bahagian utara, termasuk Marudi, Limbang dan Lawas bagi meninjau persiapan pasukan untuk PRN yang bakal tiba.
“Pihak polis akan memaksimumkan kekuatan kita dari segi logistik untuk memastikan pilihan raya yang akan datang berjalan lancar,” jelas Aidi.
Beliau menambah, kerja-kerja pembaikan aset-aset yang sedia ada akan terus dilakukan.—DayakDaily