APMM Miri tahan kru, nakhoda bot tunda gagal pamer lesen operasi

Advertisement

MIRI, 19 Nov: Seorang kru dan nakhoda sebuah bot tunda warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim selepas gagal mempamerkan lesen bot semasa diperiksa sekitar jam 12.15 tengahari, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, bot berkenaan ditahan anggota Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan Ops Permai dan Ops Benteng kira-kira 1.8 batu nautika dari muara Sungai Miri.

ā€œKetika diperiksa, mereka telah gagal mempamerkan lesen bot dan nakhoda merupakan pemegang pasport antarabangsa Indonesia yang telah tamat tempoh, manakala kru yang juga warga Indonesia disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Advertisement

ā€œNahkoda dan kru warga Indonesia yang berumur 31 dan 50 tahun beserta bot diiring masuk ke Jeti PTV Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Fauzi, kedua-dua lelaki terbabit turut menjalani ujian saringan Covid-19 yang dikendalikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setiba di jeti.

Ia sebagai sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan pandemik tersebut terutamanya melibatkan tahanan warga asing di pusat tahanan sementara. ā€” DayakDaily

Advertisement