APMM: Jangan ke laut, cuaca buruk

Taklimat sebelum operasi bermula
Advertisement

oleh: Juetila Ozzy

KUCHING,5 Jan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak mengeluarkan amaran agar tidak melakukan sebarang aktiviti di laut susulan cuaca buruk.

Pengarahnya Zin Azman Md Yunus berkata cuaca di laut pada masa ini adalah tidak baik dan pihaknya mengesa agar komuniti maritim batalkan niat ke laut.

Advertisement

“Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar batalkan niat ke laut sekiranya cuaca buruk.

“Bagaimanapun, sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengkoordinasikan dua Operasi CARILAMAT bersama beberapa agensi di dua lokasi iaitu di Santubong, Kuching dan Kuala Serupai, Bintulu.

Menurutnya, bagi operasi di Santubong yang masuk hari kedua hari ini iaitu mencari Samsudin Beden,59, setelah mangsa dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi pada 3 Januari lepas.

Operasi di hari pertama semalam telah berjaya menemui bot mangsa yang terdampar di kawasan paya bakau berhampiran Damai Golf Club, Kuching beserta satu jaket keselamatan, tong ikan, enjin bot serta barang peribadi mangsa, sekitar jam 1.20 petang.

ā€œSeramai 80 orang pegawai dan anggota termasuk penduduk kampung yang terlibat dalam operasi di perairan Santubong dengan keluasan pencarian 167.87 batu nautika persegi termasuk pencarian darat iaitu sepanjang persisir sungai Santubong hingga ke Muara menuju pantai damai.

“Semalam dan hari ini aset Pasukan Gerakan Udara PDRM, Cessana Caravan turut membantu pencarian dengan membuat pemantauan dari udara,” katanya.

Manakala untuk operasi di Kuala Serupai, Bintulu yang masuk hari kelima hari ini bagi mencari Mohd Ainul Hadian mendapati pasukan operasi masih gagal menemui sebarang petunjuk baharu.

“Semalam dan hari ini kita teruskan pencarian dengan keluasan 95.7 batu nautika persegi di laut termasuk meneruskan pencarian kawasan pantai antara Kuala Sungai Serupai, Sungai Buluh, Setuan Kecil, Sungai Kemena dan Kuala Tatau,” katanya.

Jelasnya seramai 80 orang pegawai dan anggota termasuk penduduk kampung terlibat dalam operasi tersebut.

ā€œKita harap pada hari ini kita dapat menjumpai petunjuk baharu bagi kedua-dua operasi ini agar memudahkan pihak kita mengesan lokasi kedua-dua mangsa tersebut,” tambah Zin lagi.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544. ā€” DayakDaily

Advertisement