APMM: Amaran angin kencang, komuniti maritim diarah hadkan aktiviti di laut

Robert Teh Geok Chuan

KUCHING, Disember 16: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menasihati komuniti maritim agar menghadkan aktiviti di laut sehingga esok.

Nasihat dikeluarkan setelah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran angin kencang dijangka berlaku di perairan Sarawak.

“JMM meramalkan angin dari arah timur laut bertiup dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dan ombak boleh mencapai ketinggian 3.5 meter.


“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan menerusi satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, komuniti maritim terutamanya para nelayan-nelayan bot kecil, pengusaha bot pelancong dan penumpang hendaklah mengambil berat tentang keselamatan semasa berada di laut dalam tempoh tersebut.

Katanya, ia untuk memastikan keselamatan nyawa dan harta mereka terjamin, serta tidak berlaku sebarang insiden yang tidak ingini berlaku.

Justeru tambah Robert, Pihak Maritim Malaysia mohon kerjasama daripada pengusaha-pengusaha bot pelancong, bot penumpang dan bot nelayan agar meningkatkan keselamatan dilaut.

“Peringatan juga diberikan kepada pengusaha pusat-pusat rekreasi di kawasan pulau agar menghentikan sementara aktiviti rekreasi dan sukan di laut sehingga keadaan cuaca kembali tenang,” ujar beliau.

Robert menyarankan orang awam untuk terus menghubungi Maritim Negeri Sarawak jika terdapat sebarang kejadian kecemasan atau kejadian yang tidak diingi berlaku di laut.

Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak boleh dihubungi ditalian 082-432544 atau pun MERS 999 yang beroperasi 24 jam. — DayakDaily