Anggota tentera 1 Divisyen perlu jaga berat badan

Toh (tengah) memeriksa perbarisan pasukan tentera dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja.

KUCHING, Okt 15: Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Toh Choon Siang telah mengadakan lawatan sulung beliau ke Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4KAD) di sini hari ini.

Ketibaan beliau di Rejimen Ke 4 Kor Armor Diraja telah disambut oleh Pegawai Memerintah 4 KAD, Leftenan Kolonel Shamzaini Misran.

Selepas itu, beliau telah menerima tabik hormat serta menbuat pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah Rejimen Ke 4 Kor Armor Diraja, Mejar Mohd Rosle Mat Lela yang bersams seramai 18 pegawai dan 300 lain-lain pangkat.

Panglima 1 Divisyen seterusnya turut berkesempatan beramah mesra bersama pegawai dan anggota dalam majlis Jamuan Makan Bersama Warga 4 KAD di Dewan Setanak Nasi.

Dalam ucapan beliau, Toh mengingatkan kepada setiap lapisan anggota agar sentiasa menjaga disiplin masing-masing sepanjang perkhidmatan agar imej tentera sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat luar.

Katanya, selain dari aspek disiplin beliau turut menegaskan kepentingan individu dalam tentera untuk sentiasa menitik beratkan kesihatan diri serta menjaga berat badan (BMI) mengikut ketetapan yang telah digariskan jika ingin meneruskan perkidmatan dalam Angkatan Tentera.

Dalam majlis sama, beliau juga telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota Markas 1 Divisyen bertempat di Padang Kawat Kem Muara. — DayakDaily