Anggota Sukarelawan Rejimen 511 Askar Wataniah bantu mangsa tanah runtuh

Anggota Askar Wataniah membantu membersihkan rumah Nora di Kampung Garung di Puncak Borneo

KUCHING, 20 JAN: Rejimen 511 Askar Wataniah telah membantu membersihkan rumah milik Nona Budis, 63, dari Kampung Gurang, Jalan Puncak Borneo yang telah rosak teruk akibat tanah runtuh baru-baru ini.

Menurut Timbalan Komander Rejimen 511 Askar Wataniah Lt Kol Mohd Nadzri Ismail, ia adalah satu inisiatif Rejimen 511 Askar Wataniah untuk berada lebih dekat dengan rakyat disamping meringankan beban mangsa tanah runtuh tersebut.

ā€œRejimen 511 Askar Wataniah terus komited dalam membantu rakyat negeri Sarawak dalam mengharungi pelbagai cabaran dari segi keselamatan,kesihatan dan juga keharmonian komuniti.


ā€œAnggota sentiasa siap siaga dan sedia diaturgerakkan apabila diperlukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Turut membantu membersihkan rumah mansa ialah 30 anggota sukarela. Pada yang masa yang sama kata Nadzri, seramai 7 pegawai dan 104 anggota sukarela telah diaturgerakkan di dalam OP Penawar untuk membendung wabak Covid-19 di Kuching, Bau, Padawan dan Sri Aman.-DayakDaily