Anggota polis cedera semasa menangkap suspek curi kenderaan di Samariang

ACP Ahsmon Bajah
Advertisement

Oleh Juetila Ozzy

KUCHING, 28 Feb: Seorang anggota polis mengalami kecederaan akibat dipukul ketika cuba menangkap seorang lelaki dalam Op Lejang di Semariang, di sini malam tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun yang disyaki suspek kes curi kenderaan terbabit bagaimanapun berjaya ditangkap untuk siasatan lanjut.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan insiden tersebut berlaku sekitar jam 11.55 malam.

“Suspek menyerang anggota semasa diperiksa dalam Op Lejang(kecurian kenderaan),” katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Jelas Ahsmon, anggota polis terbabit yang cedera di bahagian muka kini dirawat sebagai pesakit luar.

ā€œSaya akan berikan surat penghargaan pada anggota ini yang bertugas dengan berani dan bersungguh-sungguh bagi membanteras jenayah di daerah Kuching,” ujarnya. ā€” DayakDaily

Advertisement