Anggota Bomba sukarela selamatkan rumah panjang daripada terbakar di Lubok Antu

Anggota bomba sukarela terbabit menunjukkan alat pemadam api yang digunakan.
Advertisement

BETONG, 27 Mac: Rumah Panggang di Lubok Antu dekat sini nyaris terbakar disebabkan litar pintas elektrik pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.48 pagi.

Katanya, mujur ketika kejadian seorang anggota Pasukan Bomba Sukarela Lubok Antu bertindak pantas dan berjaya memadam kebakaran tersebut.

Advertisement

“Setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan hanya berlaku percikan api pada kotak meter suis utama rumah panjang.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan anggota PBS Lubok Antu yang turut menghuni rumah panjang tersebut dengan menggunakan alat pemadam api sehingga padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anggota dari Balai Bomba Betong hanya membuat pemantauan dan mengumpul maklumat. ― DayakDaily

Advertisement